Sertai Latihan Kemahiran & TVET Kolej RISDA
Bangunkan kemahiran, cipta masa depan. Pendidikan teknikal untuk kerjaya dan kehidupan yang lebih baik.
Keperluan industri dan pasaran kerja semasa
Yuran Berpatutan & Bantuan Disediakan
Fokus Kepada Kemahiran Praktikal
Bicara Dengan Kami
Tentang Kolej RISDA
Kolej RISDA Sdn. Bhd., ditubuhkan pada tahun 1993 di bawah Akta Syarikat 1965, merupakan anak syarikat di bawah Kumpulan RISDA Holdings dan merupakan agensi milik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Sebagai institusi pengajian tinggi swasta yang berdaftar di bawah Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996, Kolej RISDA mula beroperasi pada tahun 1999 di Kampus Alor Gajah, Melaka.
Kolej RISDA memberi keutamaan kepada generasi muda luar bandar, terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tanpa mengira latar belakang, bagi membuka peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran dan teknikal.

2 Weeks
6 Online Lessons
Certificate of Completion
Latihan Kemahiran & TVET
Kolej RISDA memfokuskan kepada pembangunan modal insan melalui latihan yang berkualiti, berkesan dan relevan dengan keperluan industri serta pembangunan masyarakat. Membangunkan modal insan melalui program latihan teknikal dan vokasional yang berkualiti
Kursus & Latihan Ditawarkan
Kolej RISDA menyediakan pelbagai kursus dan latihan kemahiran yang relevan dengan keperluan industri dan komuniti, merangkumi bidang teknikal, keusahawanan, ICT dan pembangunan sahsiah.
Landskap dan Hortikultur
- Kursus Pengurusan Landskap & Arborikultur
- Kursus Rekabentuk Landskap & Hortikultur
- Kursus Adobe Photoshop untuk Rekabentuk Landskap
- Kursus Asas AutoCAD
- Kursus Edible Garden
- Kursus Pemangkasan
- Kursus Pembuatan Stepping Stone
- Kursus Kad Hijau CIDB
- Kursus Kompetensi ABM
- Kursus Bio-Repellent
- Kursus Asas Lukisan dan Mewarna
Pertanian dan Perladangan
- Kursus Pembuatan EM
- Kursus Sembelihan Halal dan Pemprosesan Ayam
- Kursus Pembuatan Baja dan Racun Organik
- Kursus Teknologi Permanian Beradas Ternakan Ruminan
- Kursus Cantuman Tanaman Getah
- Kursus Penorehan Getah
- Kursus Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO)
Keusahawanan
- Usahawan From Zero to Hero
- Bisnes Model Canvas
- Pengenalan Perakaunan untuk Perniagaan Kecil dan Sederhana
- Employment Termination: “Know Your Rights”
- Power Up Your Marketing
- Usahawan Mobileprenuer
Teknologi Maklumat (ICT)
- Grafik Editing (Adobe Photoshop)
- Video Editing (Filmora)
- Animasi 2D (Powtoon)
- Penggunaan Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint)
- Cloud Application & Storage
- Online Learning: Schoology
Halal
- Bengkel Konsultasi Halal
- Kursus Pensijilan dan Pengurusan Akreditasi Halal
- Kursus Kesedaran Halal
- Kursus Kesedaran Sertu
- Bimbingan Pensijilan Halal Malaysia
- Latihan Profesional Eksekutif Halal
- Latihan Profesional Auditor Halal
- Latihan Pengendalian Makanan
Kepimpinan & Pembinaan Pasukan
- Kursus Kejuruteraan Menu
- Kursus Pembangunan Produk
- Kursus Rancangan Perniagaan
- Kursus Sistem Aplikasi Pemantauan Usahawan RISDA (REDS2.0)
- Kursus Pengiraan Kos dan Penetapan Harga Jualan
- Kursus Asas Keusahawanan (KAK) + REDS2.0
Objektif Kolej Risda
Kolej RISDA komited dalam membangunkan modal insan luar bandar melalui pelaksanaan program Latihan Kemahiran dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkualiti, praktikal dan berkesan. Fokus utama latihan merangkumi:
- Pengukuhan Pasukan
- Penyampaian Perkhidmatan
- Pengurusan Kualiti
- Produktiviti
- Pengurusan Kewangan
Melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat, Kolej RISDA membantu mensejahterakan komuniti luar bandar dari sudut minda, emosi dan tingkah laku, agar lebih bersedia menghadapi cabaran dunia moden.
Visi Kolej RISDA
Menjadi pusat kecemerlangan latihan, konsultasi dan TVET bagi melahirkan tenaga mahir yang selari dengan objektif agensi.
Misi Kolej RISDA
Mewujudkan nilai cipta dan nilai tambah dalam ilmu kemahiran dan latihan, seiring dengan pelaksanaan Model RISDA Smart Estate (MRSE) 2021–2025, demi melahirkan:
- Staf yang berpengetahuan, berkemahiran dan berjati diri
- Pekebun kecil yang mampu mencapai pendapatan:
RM2,500 sebulan (2020)
- RM4,000 sebulan (2021–2025)
Kursus Anjuran Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) RISDA
Muat Turun Bahan Rujukan & Perancangan Kursus

Template Kertas Kerja Kursus / Latihan / Seminar
Panduan lengkap untuk penyediaan kertas kerja yang diperlukan bagi penganjuran kursus, latihan atau seminar yang dikendalikan oleh Kolej RISDA.

Kalender Tahunan Kursus & Latihan
Lihat dan rancang penyertaan anda mengikut jadual latihan yang telah ditetapkan dalam kalender tahunan rasmi Kolej RISDA.
Sertai Kami
Ingin menguasai kemahiran baharu, tingkatkan kerjaya atau jadi usahawan berjaya?
Kolej RISDA adalah destinasi anda untuk pendidikan teknikal, latihan kemahiran dan pembangunan potensi diri. Sertai ribuan pelajar dan peserta latihan kami dalam membina masa depan yang lebih cerah – tanpa mengira latar belakang atau lokasi anda.
06-5529227 / 06-5529642
